Wednesday, March 20, 2013

DADAH!

Pengenalan Dadah



Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang sari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.

Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.

Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang menagih semula manakala sebanyak 10 216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dadah. Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 
Pengenalan Dadah
Ahli perubatan menggunakan sebatian kimia tertentu untuk mendiagnos, menghalang atau merawat pelbagai jenis penyakit. Sebatian yang digunakan oleh mereka ini dikenali sebagai dadah. Istilah yang lebih saintifik untuknya ialah farmaceutikal.
Sejak dari zaman dahulu lagi, terapat beberapa penemuan seperti penulisan atau hiroglifik Mesir yang mencatatkan bebarapa rujukan rujukan yang menggunakan dadah yang telah dicadangkan untuk digunakan sebagai pelbagai ubatan untuk menyembuhkan penyakit. Namun sehingga kurun ke 20, hanya terdapat beberapa sahaja dadah yang disebutkan tadi atau digunakan yang benar benar terbukti berkesan. Dadah dadah ini didapati berkesan berdasarkan penemuan sefara pemerhatian yang diperolehi secara tidak sengaja ataupun kebetulan. Penemuan secara kebetulan ini telah berjaya menunjukkan beberapa unsur unsur tumbuhan boleh mengurangkan kesakitan atau membantu bagi merawat penyakit. Sebagai contohnya, pada tahun 1776, seorang ahli botani dan juga ahli perubatan berbangsa British, William Withering telah mendapati bahawa the herba yang dibuat oleh seorang petani wanita yang tua adalah terbukti efektif untuk merawat penyakit badan yang menjadi bengkak akibat dipenuhi oleh air atau lebihan air yang berada di dalam tisu .
Penyakit ini dikenali sebagai dropsy. Penyakit ini adalah berpunca akibat ketidakupayaan jantung untuk mengepam sepenuhnya dengan kuat. William bagaimanapun telah mendapati bahawa satu kandungan di dalam the tersebut iaitu daun tumbuhan foxglove telah berjaya menguatkan lagi kemampuan jantung untuk mengepam. Dadah yang dibuat daripada tumbuhan foxglove untuk menguatkan lagi kekuatan jantung untuk mengepam ini kemudiannya dikenali sebagaidigitalis.
Pencarian dadah melalui penemuan penemuan mahupun penemuan secara kebetulan telah banyak melahirkan ubatan serta vaksin yang baru. Sehinggalah pada abad ke 20, barulah ahli perubatan dapat mencipta dadah dengan menggunakan kaedah baru yang lebih berkesan untuk merawat pelbagai penyakit yang menjangkiti manusia. Bagi menghasilkan dadah yang betul betul berkesan, maka adalah perlu untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai fungsi fungsi badan, bagaimana badan bekerja, mengapa penyakit terjadi dan kenapa dan bagaimana bahan kimia bertindak di dalam badan. Bidan kajian dan penyelidikan ini dipanggilfarmakologi.
 
 
 
 JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1.    Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)
2.    Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain)
3.    Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)
4.    Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)
5.    Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)
JENIS-JENIS DADAH YANG POPULAR PADA MASA KINI
1.      Morfin
Dikenali juga sebagai “M”, “White Stuff”, “White Powder”, “Monkey”, “Dreamer”, “Morpho”, “Tab”, “Morb”, “Cubes”, “Emsel” dan “Melter”. Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.
 
(Ini adalah contoh gambar yang di ambil dari laman google)
2.      Ganja
Ianya dikenali sebagai “Kanabis Herba”, “Marijuana/Grass”, “Pot/Weed”, “Bhang”, “Kif”, “Takrouri” dan “Dagga”. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.
(Ini adalah contoh gambar yang di ambil dari laman google)

3.      Kokain
Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.

 
(Ini adalah contoh gambar yang di ambil dari laman google)


FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH

Kurang didikan agama oleh ibu bapa
 Berlaku apabila seseorang yang kurang kekuatan iman menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan . Ibu bapa seharusnya memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing masing.
 Seperti yang kita lihat dalam televisyen dan dengar dicorong radio bahawa kebanyakan masyarakat kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini adalah akibat daripada pegangan agama yang rapuh .


Pengaruh rakan sebaya
 Psikologinya seseorang itu lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan berbanding dengan orang lain.Hal ini demikian,dapat dilihat bahawa rakan-rakan merupakan orang yang paling rapat dengan diri kita .Fenomena yang berlaku ini dapat dilihat apabila pengaruh rakan sebaya adalah sangat kuat.
Pemberontakan diri
 Faktor ini boleh terjadi disebabkan oleh seseorang itu ingin memberontak terhadap sesuatu autoriti .
 Contoh yang dapat dilihat adalah anak-anak yang memberontak atau memprotes terhadap ibu bapa mereka apabila sesuatu yang diingini tidak dipedulikan oleh ibu bapa .




Gangguan Emosi

 Sesetengah individu mengunakan dadah adalah untuk melupakan masalah yang dihadapinya kerana dadah dapat menghilangkan kawalan otak dan mengkhayalkan .Hal ini demikian menyebabkan seseorang itu lupa untuk seketika masalah yang dihadapinya . Keaadaan inilah yang menyebabkan seseorang itu mengambil dadah secara berterusan untuk mendapatkan kesan lupa dan euphoria yang lama.

Ibu bapa yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka Ini dapat dilihat apabila ibu bapa yang sibuk bekerja ,lupa untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja .Mereka hanya mementingkan materilistik semata-mata sehingga tiada langsung masa yang diluangkan bersama anak-anak bagi mengetahui aktiviti semasa yang mereka lakukan .Hal ini demikian menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan perkara-perkara yang tidak diduga ini.
 Bak kata pepatah melayu ada menyebut “melentur buluh biarlah dari rebungnya” ,bermaksud ibu bapa seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka sejak dari kecil lagi dengan memberikan didikan yang sempurna . 

KESAN TERHADAP INDIVIDU

 


Jauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih dadah ,jenayah serta penipu.
~Hal ini berlaku kerana bagi penagih dadah ,orang lain tidak akan memahami mereka dan memandang serong terhadap mereka .
~oleh itu, penagih dadah akan mencari yang sama spesis dengan mereka untuk meluahkan perasaan mereka atau mencari keseronokan dari dadah tersebut .

Bersikap tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.
~Penagih dadah akan kehilangan semangat untuk belajar dan mengabaikan kerja sekolah mereka.Hal ini berlaku kerana tindak balas daripada dadah yang menyebabkan mereka berada dalam dunia yang tidak wujud .


Penagih dadah akan menjadi kurus ,lemah tenaga dan kelihatan berada dalam khayalan .
~Dadah yang mengandungi kandungan yang bahaya akan menyebabkan penagih dadah menjadi lebih kurus hari demi hari .
~Golongan penagih juga akan berasa cepat letih terutamanya apabila ketagihan dadah. Bulatan hitam pada mata penagih akan lebih mendalam hari demi hari .


Berubah menjadi panas baran ,pengsan dan kehilangan tenaga seks.
~Dadah akan mengubah sikap penagih dadah menjadi panas baran kerana kitaran darah dalam badan penagih dadah menjadi lebih cepat .
~Penagih dadah yang kekurangan wang untuk membeli dadah juga sanggup membuat perkara-perkara yang kejam untuk mendapatkan dadah.



Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah ,dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit
~Contoh : kancing gigi,mandul dan sebagainya . 

KESAN KEPADA KELUARGA

*Menjatuhkan maruah dan nama baik sesebuah keluarga
Sesiapa yang menagih dadah akan mencemarkan nama baik keluarganya disebabkan pihak masyarakat akan menggunakan pandangan yang sama terhadap penagih dan keluarganya.


*Membebankan anggota-anggota keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.Banyak wang ringgit dan tenaga dihabiskan bagi memulihkan penagih yang telah terjerumus dengan dadah.Anggota-anggota keluarga akan mencari jalan untuk menjamin pemulihan yang kekal dan berkesan disebabkan oleh mereka. Hal ini demikian adalah untuk sokongan kepada penagih.


*Rumah tangga menjadi porak peranda.Penagih akan kehilangan minda untuk membuat sesuatu keputusan. Hal ini akan mencetus pergaduhan berlaku. Suasana keluarga juga menjadi bercerai-berai.Sekiranya,pandangan yang berbagai-bagai,masalah perselisihan faham akan berlaku antara satu sama lain.


*Menghancurkan harapan ibu bapa.Penagih sebagai bangkai bernyawa yang tidak berfaedah kepada diri sendiri atau anggota keluarga.Sekali terjatuh dalam lembah kehinaan ini,tidak mudah mereka bangun.

*Berlaku perpisahan,perceraian dan keganasan dalam kalangan anggota keluarga.Ancaman dan keluh-kesah yang disebabkan oleh penagih terhadap keluarga menghilangkan kebahagiaan hidup sehingga ibu dan bapa,anak-anak dan isteri terus merana. 

KESAN TERHADAP NEGARA



Kesan Kepada Ekonomi
Melibatkan kos penagihan dadah kepada masyarakat
- Kos penagihan
- kos kehilangan produktiviti
- tambahan kos perubatan
- lain-lain kos seperti kos penguatkuasaan dan pengawalan dadah,pencegahan dan lain-lain.

Kesan Kepada Keselamatan
- Kejadian jenayah seperti mencuri ,menyamun,merompak dan membunuh .
- Melemahkan perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat .
- Melibatkan perselisihan faham antara kaum.
- Menjejaskan kesopanan.

Kesan Kepada Kesihatan- Tidak menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan mengganggu masyarakat sekeliling .
- Penyakit AIDS dan penyebaran virus HIV menakutkan masyarakat .
- Emosi akan terganggu. 

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH



1)Kempen
~kempen harus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan swasta
~Aktiviti dilangsungkan haruslah dikenal pasti terlebih dahulu keberkesanannya
~harus melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran para penjual dadah.

2)Gaya hidup yang sihat
~Mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri
~berehat daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan ( elak pengambilan dadah)
~melakukan senaman ringan
~menyertai program bermanfaat pada masa lapang. (contoh: mengadakan kumpulan
perbincangan)
~sentiasa berfikiran positif
~menjaga kebersihan dari segi mental dan fizikal melalui ajaran agama masing-masing

3)Pendidikan
~Sekolah(program 5 minit antidadah)
~Skim Lencana Antidadah
~Ceramah dan Pameran antidadah
~Kaunseling kelompok dan individu
~Seminar Pendidikan keibubapaan (Parenting education)
~Program Motivasi

4)Media massa
~Menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelunggu oleh dadah dipaparkan di
majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai.
~Beri sokongan kepada badan terlibat program pencegahan dadah(contoh: PEMADAM ,
PENGASIH)
~Menarik minat penonton dengan menyelitkan hiburan agar mesej dapat disampaikan dengan
jelas

KESIMPULAN



Kesimpulannya ,dadah ternyata lebih banyak membawa kesan negatif ataupun padah berbanding kesan positif. Hal ini demikian dapat dilihat akibat daripada penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dan amat sukar untuk diatasi oleh semua pihak. Keadaan ini perlu diatasi dengan segera agar kemajuan serta pembangunan yang dicapai selama ini akan berkekalan selamanya. 

No comments:

Post a Comment