Apakah itu Dadah?
Dadah atau
"drug" adalah bahan atau
kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia
mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan
jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat
beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih
kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud
ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan
kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan
bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau
"misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal,
mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat
daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi
ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda
sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti
"paracetamol" dan
"antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai
"caffeine".
Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan
yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu,
penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi
undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang
pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan
masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu,
Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah
Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran,
import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy"
diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga
dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna".
Dadah dan Ciri-cirinya
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
- Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
- Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
- Diperoleh secara haram
- Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
- Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang
Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
- Opiat dan Opiat sintetik
- Stimulan
- Ganja
- Halusinogen
- Depresen
- Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna
Apa itu Opiat?
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah
dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi
dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.
Jenis-jenis opiat
1. Candu
Candu
adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan
memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada
getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan
kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih
segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
2. Morfin
Morfin
adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu
mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin
mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : "M", "White Powder", "Monkey", "Morpho"
Morfin Mentah
- Bentuk blok / serbuk
- Bertanda "999"
- Mengandungi 70% - 90% morfin
- Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin
- Seperti serbuk kopi halus
- Mengandungi 60% - 70% morfin
Pil-pil Morfin
- Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid
- Pil kecil berwarna putih / coklat pucat
3. Heroin
Heroin
adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah
di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang
merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin
mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang pink"
4. Kodein
Kodein
adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan
daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk
melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
5. Opiat Sintetik
Tablet Metahadone
Opiat Sintetik
meliputi bahan-bahan seperti "methadone", "pethidine", "dipipanone" dan
"dextropropoxyphene". Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa
dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan
kesakitan. Kini "methadone"digunakan dalam rawatan penagihan opiat di
negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"
Stimulan
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti
sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin
atau
"Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokain.
Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin
Amfetamin
Amfetamin
adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat
yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti
methamphetamine (ice/syabu) dan
"Methylenedioxy methamphetamine" adalah dadah yang sangat berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur ("chasing the dragon")
2. Methamphetamine
Syabu / Ice
"
Methaphetamine hydrochloride"
merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya
berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh
"methaphetamine hydrochloride"
yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses
secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.
Alat untuk "chasing the dragon"
Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the dragon")
Nama Jalanan : "Ice"
3. Kokain
Serbuk Kokain
Kokain
adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di
Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.
Pokok Koka
Daun Koka
Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.
Cocaine Snorting
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake"
Kokain
"Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain
"Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk
"granusles". "Crack"
mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh
menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
4. MDMA
Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)
"Methylenedioxy-methamphetamine" (
MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.
Ia dipanggil "feel good drug" dan boleh meningkatkan daya tahan
pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi
memenuhi cita rase pengguna muda.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"
Ganja/Kanabis
Pokok Ganja
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok "cannabis sativa".
Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico,
Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan
mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana
"tetrahydrocannabinol" (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.
Daun Ganja
Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok "genus
kanabis" yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau
tetapi berwarna lebih kehijauan.
Kandunan THC : 0.25% - 8%
Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja
2. Hashish
Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang
dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan
dengan lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.
Kandungan THC : 4% - 12%
Cara Menggunakan : Menghisap
3. Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan
menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam
air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.
Kandungan THC : Sehingga 60%
Cara Menggunakan : Menghisap
"Bong" - Alat untuk menghisap ganja
Menghisap ganja menggunakan "Bong"
"Bong" buatan sendiri menggunakan botol
Halusinogen
Halusinogen
adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia
mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah
membezakan yang benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis
halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.
Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan
"hippies" pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.
Depresen
1. Ubat "Depresen"
Barbiturates
Ubat "
depresen" termasuk juga ubat-ubat
"sedative" dan
"tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.
Tranquilizer
Contoh ubat
"sedative" ialah
"barbiturates" manakala contoh
"tranquilizer" ialah
"erimin-5", "rohypnol" dan
"valium".
Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko
"Erimin-5" sejenis
"sedative" yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna
"club drugs" untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.
Penagih heroin juga menganggap "erimin-5" sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.
"Rohypnol" sejenis "sedative" yang sangat kuat kesannya sehingga ia
kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai "club drugs",
bahkan juga sebagai "rape drugs" oleh perogol. "Rohypnol" boleh
mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.
2. Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh
pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem
saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.
Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan
sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.
Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.
3. GHB
GHB
"Gamma-hydroxybutyrate" (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau
"gamma-hydroxybutyric acid" tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.
GHB juga kerap disalahgunakan sebagai "rape drugs" kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "G", "Grieviuos bodily Harm", "Liquid Ecstasy"
4. Ketamin
Ketamin
pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang
digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan
pengguna tertidur dengan cepat.
Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)
Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara
"smoked" atau
"snorted" untuk mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna
1. Steroid
Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan
Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.
Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun
terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan
pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal.
Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan
Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.
2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain
Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran
haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila
disalahgunakan.
Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat
Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan.
Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius : SUMBER
Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan
Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat
ditangani.
3. Daun Ketum
Daun Ketum
Daun ketum
atau "species mytragynine" yang telah disenaraikan sebagai racun dan
bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh
segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia
Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang
banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia
serta di selatan Thailand.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai
minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini
direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan
mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.
Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual
secara meluas kepada pengguna biasa.
Air Ketum
Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus
bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat
kepada peminumnya.
Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia
mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third
Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison
Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan
larangan mulai Januari 2003.
4. Ubat-ubatan
Selain daripada ubat bius dan "depresen", lazimnya ubat-ubatan yang
kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur,
ubat untuk menahan sakit ("pain killer") dan sebagainya.
Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.
Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah
Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau
psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara
berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada
dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:
1. Pergantungan secara fizikal
Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih
memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.
Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku
dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak
menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan
fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan
sebagainya.
2. Pergantungan secara psikologikal
Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di
mana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya
dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.
Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)
Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos
dadah yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi
kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah
untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila
pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang
boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya dengan
serta-merta.
Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :
- Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan
seharian mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan
dan minuman.
- Daya tahan meningkat.
- Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
- Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi
apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan
penggunaan.
- Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk beberapa waktu.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :
a) Jenis dadah
Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama
ada ia merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya
amfetamin dan kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya ganja).
b) Jumlah digunakan
Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar,
contohnya dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau
euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan
pernafasan dan membawa maut.
c) Cara penggunaannya
Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan,
disuntik, dihidu, dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa
dan kekerapan mengguna.
d) Keadaan individu
Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan,
daya tahan, pengalaman penggunaan dadah & aktiviti penagih
Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah
Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian
besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara
15-25 tahun.
Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di
sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.
Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :
- Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri
- Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
- Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
- Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
- Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
- Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
- Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.
- Masalah dan tekanan rumah tangga
- Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
- Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
- Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.
- Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.
Akibat Penagihan Dadah
Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :
- kesan kepada penagih
- kesan kepada keluarga
- kesan kepada masyarakat
- kesan kepada Negara
1. Kesan Kepada Penagih
- Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
- Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
- Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
- Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
- Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.
2. Kesan Kepada Keluarga
- Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
- Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
- Rumah tangga menjadi porak peranda.
- Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
- Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.
3. Kesan Kepada Masyarakat
- Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun
- Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
- Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.
4. Kesan Kepada Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.
Kos tersebut termasuklah :
- Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
- Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
- Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
- Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
- Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah
bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital
dan sebagainya.
- Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat
dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.
Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa
perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku.
Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan
dadah adalah :
- Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
- Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
- Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
- Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
- Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
- Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.
- Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
- Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
- Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
- Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang
mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum
keluarga.
- Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya.
- Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor,
bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil
dadah.
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang
itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita
menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan
ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan
Undang-undang Dadah Malaysia
Akta Dadah Berbahaya 1952
Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua seperti mengilang,
memgimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual,
memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa,
menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana
dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah
berbahaya.
Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta
Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan
pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup
dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan
diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11
November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali
menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di
dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari
5 hingga 7 tahun
dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati
menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara
7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.
Akta Racun 1952
Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan,
pengeluaran, penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis
ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah
akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952
Akta Rawatan/Pemulihan 1983 - Pindaan 1988
Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1)
APD (R&P) 1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah
disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret boleh
membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :
- Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau
- Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun
Seksyen 3
Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :
- Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai penagih dadah.
- Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh tidak lebih 24 jam bagi maksud menjalani ujian.
Seksyen 4
Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam :
1.Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam
- Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh
seorang Pegawai supaya hadir pada masa dan ditempat yang dinyatakan
dalam bon.
- Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan
kuasanya menahan seseorang itu selama tempoh 14 hari untuk menjalani
ujian.
Seksyen 5
Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian :
- Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
- Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia melakukan kesalahan boleh di hukum penjara 3 bulan.
Seksyen 6
Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah
1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4,
ujian telah diperakui oleh Pegawai Perubatan. Pegawai itu hendaklah
membawa orang itu di hadapan majistret, majistret boleh memerintahkan :
- Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat
Pemulihan, tinggal dipusat selama tempoh 2 tahun dan tamat tempoh akan
menjalani jagaan lanjutan.
- Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selama tempoh 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun.
Seksyen 7
- Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6
(1) (6). Seorang Pegawai mempunyai sebab bahawa mana-mana terma bon
dibawah perenggan (b) subseksyen (1) sek 6, telah dilanggari dan dibawa
kehadapan Majistret.
- Majistret boleh memerintah orang itu tinggal di Pusat Pemulihan selama tempoh 2 tahun.
Seksyen 8
Jagaan yang sah disisi undang-undang :
1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.
- Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.
- Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan
- Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa aktiviti pusat Pemulihan.
2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi
undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan, sabit kesalahan di
kenakan denda atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duaya.
Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988
Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui :
- Mengesan
- Membeku
- Merampas aset pengedar
Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :
- Seksyen 39(B) ADB 1952
- Seksyen 6(B) ADB 1952
- Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985
Akta Langkah-langkah Pencegahan khas
Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :
- Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan
dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di
mahkamah.
- Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan
pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan,
saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.
Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :
- Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.
- Tidak dibicarakan di mahkamah.
Proses Siasatan :
- Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan.
- Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
- Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri Dalam Negeri.
- Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan
samasa untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau
membebaskan orang tersebut.
Dadah-Dadah Lain Yg Popular :
Nospan
Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya
murah (50 Sen Sebiji). Biasanya ia ditelan 10-20 biji sekaligus &
akan semakin bertambah di kemudian hari untuk memberikan kesan khayal yg
sama - SUMBER
Nospan
(Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk
melegakan hidung berair, bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan
gatal tekak .
Pengambilan yang berlebihan boleh mengubah deria persepsi atau keadaan
sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi,
fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran Neutroksin Ensifalus.
Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain merangsang remaja membunuh diri
Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang
selera makan, mulut kering, sakit dada, denyutan kuat, ruam kulit,
tekanan darah tinggi dan halusinasi.
Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya apabila ia bukan saja
menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh menyebabkan mangsa sakit
mental dan kurang siuman kekal.
Pil Kuda
Pil Kuda (Methamphetamine - dadah sintetik campuran bahan kimia) adalah
pil paling tersohor di Kelantan, kerana ia dekat dengan Thailand, di
mana Thailand adalah pengeluar pil kuda haram terbesar di Asia Tenggara.
Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD
(Penyakit Psikotik - hilang tumpuan), masalah tidur & obesiti yg
melampau.
Tapi sekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.
Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam masa yang singkat
Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau,
di mana jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak
akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yg
kekal.
Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang lebih kuat. Di antaranya adalah
- Racun tikus – Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya dengan segera
- Serbuk Kaca Kalimantang
- Pencuci lantai
- Klorox
- Ubat Nyamuk
- Abu tulang manusia yg dibakar
Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah ‘Chase The Dragon’. Pil dimasak menggunakan ‘dapur’ & asap yang keluar disedut.
Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari
& kalau diambil suku sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6
jam.
Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahuan seksnya akan meningkat secara mendadak.
Kesan Pil kuda :
- Paranoia – berkelakuan / tingkahlaku pelik
- Halusinasi - lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud
- Delusi - kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang
- Meth mouth –kerosakan pada gigi
- Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak
- Sawan,tegang otot,menggeletar
Gigi seorang penagih pil kuda tegar
Sumber Asal :
http://laman-seri.blogspot.com/2010/01/padah-pil-kuda.html
Dadah Menurut Pandangan Islam
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan
kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut
mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini berdasarkan kepada
keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia termasuk dalam
pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan
kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukkan atau
terdapat keburukan-keburukan dan membawa kebinasaan terhadap
individu-individu dan masyarakat.
Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud :
Quote:
|
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..” Surah Al-baqarah : 195
|
Dadah juga menghancurkan rumah tangga, keluarga yang dinaungi oleh
ketua yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai
kesulitan dan masalah.
Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga,
bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah.
Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota
keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :
Quote:
|
“..Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka...” Surah At-Tahrim : 06
|
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Quote:
|
“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang dibawahnya.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud
|
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq
(bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya,
“Fatwa Al – Syari’iyah”
(muka surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi
penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab
Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh AlIslam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama
Hambali.
Pendapat Ulama
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa
penyalahgunaan dadah hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi
semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti yang diriwayatkan oleh
Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang
khamar (arak).
Quote:
|
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar,
sepuluh golongan, (1)Pembuatnya, (2)Pengedarnya, (3)Peminumnya,
(4)Pembawanya, (5)Pengirimnya, (6)Penuangnya, (7)Penjualnya, (8)Pemakan
wang hasilnya, (9)Pembelinya, (10)Pemesannya.
|
Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti :
- Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
- Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
- Menjual beli dadah.
- Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan