Monday, October 1, 2012

Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Perlu Tahu

  • Perempuan benar-benar benci kalau mereka dibohong. Jadi, jika anda benar-benar ingin berbohong pada si dia,  pastikan bahawa anda tidak akan ditangkap. Tidak kira sama ada anda berbohong mengenai penampilannya, keserasian anda, bekas kekasih anda atau keluarganya, selagi anda rasa anda telah berbohong, hati-hati! Kerana jika anda tertangkap, tidak akan ada jalan keluar. 
  • Perempuan selalu mengambil serius perbuatan berbanding kata-kata. Jadi jika anda benar-benar ingin menawan hati si dia, lakukan sesuatu yang menunjukkan padanya bagaimana perasaan anda, bukan hanya tahu cakap kosong.
  • Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka semua ratu drama. Ini mungkin sesuatu yang berada di luar kotak pemikiran anda, namun bersabar dan anda perlu tahu bahawa setiap perempuan akan suka menjadikan isu yang kecil itu menjadi masalah besar. Ini kerana kaum perempuan lebih cenderung menggunakan emosi berbanding akal.
  • Anda kena faham bahawa emosi kaum perempuan akan berubah apabila datang bulan. Jadi jangan terkejut bagi anda yang baru bercouple, kekasih anda tiba-tiba berubah daripada seorang yang lemah lembut namun berubah jadi hulk. Sakit der datang bulan, isi perut rasa macam ditarik-tarik... =P
  • Biasakan untuk meminta maaf, kerana sama ada anda melakukan sesuatu yang salah atau tidak, anda perlu juga meminta maaf. Perempuan sukakan lelaki yang pemaaf, dan mereka tak boleh hidup dengan lelaki yang tak tahu meminta maaf.
  • Anda kena faham bahawa bukan semua perempuan mempunyai perangai yang sama. Jadi jangan terlalu cepat membuat keputusan bahawa semua perempuan adalah sama terutama apabila anda putus cinta. Ini adalah salah satu fakta utama tentang perempuan yang perlu setiap lelaki tahu.
  • Seorang perempuan akan selalu fikir sama ada dia kelihatan gemuk. Jadi, anda kena bijak dalam berkata-kata supaya si dia tidak akan mudah tersinggung.
  • Jika anda jenis yang mudah terpikat dengan perempuan lain, jangan beritahu kepada kawan-kawan perempuan kekasih anda. Tidak kira lama atau sekejap, kekasih anda pasti akan tahu cerita tersebut.
  • Ini kerana perempuan suka bergosip. Ini adalah satu-satunya cara mereka dapat menghiburkan diri mereka sendiri ketika mereka bersama-sama dengan kawan.
  • Apabila berbincang mengenai soal hadiah, perempuan lebih menyukai sesuatu yang bermakna daripada  harganya. Ini kerana perempuan sukakan sesuatu yang ikhlas dan menunjukkan bahawa anda telah cuba menawan hati si dia dengan cara yang berbeza.
  • Jika anda berada di luar dengan kawan-kawan lelaki anda, kekasih anda akan lebih cenderung untuk menunjukkan rasa cinta dia terhadap anda untuk sehinggakan kawan-kawan anda cemburu dengan anda berdua.
  • Namun jika anda keluar bersama dengan kawan-kawan perempuan dia, anda perlu pandai menjaga tingkah laku anda. Buatkan si dia merasa bahawa dia adalah milik anda. Tetapi berhati-hati, jangan sehingga membuatkan kawan-kawannya meluat dengan tindakan anda.
  • Pastikan anda tidak lupa tarikh penting seperti hari jadinya. Hal ini amat penting bagi si dia, dan jika anda lupa, saham anda akan menurun. Jika sekali mungkin tidak mengapa, tetapi bukan untuk kali yang kedua, Jangan terkejut sekiranya si dia tidak sambut hari jadi anda atau memberi kad perpisahan pada hari jadi anda.
  • Ambil hati si dia dengan pujian. Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka senang menjadi perhatian ramai. Berikan pujian terhadap rambutnya, matanya, pakaiannya, tubuhnya atau apa saja tentang dirinya yang membuatkan anda rasa tertarik. Dengan memberikan si dia pujian, anda telah memberikan dia semangat dan keyakinan. Ini akan membuatkan si dia sayang terhadap anda.
  • Fakta yang paling penting ialah perempuan lebih mementingkan cinta daripada perhubungan seks. Perempuan boleh hidup tanpa seks, tetapi lelaki boleh ke???

Sifat Lelaki Yang Perempuan Suka

Hello hotties! Entri sebelum ni aku dah cerita tentang perkara yang dibenci gender masing-masing dan kali ni aku akan cerita tentang sifat lelaki yang diharapkan perempuan pulak. Jika entri sebelum ni dimulakan dengan kaum hawa, kali ni aku akan mulakan dengan kaum buah halkum pulak. Jadi, kalau nak mengurat awek, tak perlu nak habiskan duit beli hadiah itu ini, ada je sifat ni dah cukup untuk menarik perhatian si dia.



KEMAS DAN BERSIH
Ini faktor utama yang selalu ditengok perempuan sebab mata perempuan ni suka benda-benda yang perfect dan kemas gitu. Tak perlu buat pembedahan plastik untuk dapat wajah kacak seperti Anuar Zain, apa yang perlu korang buat ialah ambik berat tentang diri sendiri. Pastikan kalau keluar tu badan bau wangi bukan bau peluh kambing jantan. Muka tu pulak pastikan dibersihkan guna pencuci muka dan jangan lupa pelembap. Tak coollah kalau keluar dengan muka berminyak, kalau aku jumpa rasa macam nak perah buat minyak masak je...Baju tak payah nak skema sangat tuck in, yang penting kemas dan tak renyuk. Akan akan ulas sikit untuk ni entri akan datang. Rambut kenalah letak minyak rambut. Gigi pun penting, tak guna muka smart macam Aaron Aziz, sekali gigi kuning nak mampoih...


GENTLEMAN BUKAN GENTELMAN
Selepas dah smart, kenalah marketkan nilai-nilai macho tu.Tahukah korang bahawa lelaki berbadan besar lagi disukai perempuan sebab ciri-ciri gentleman diorang? Kalau nampak je orang tua buta nak lintas jalan, tolong dia lintas. Siapa tahu, kalau tak dapat si dia, sekali ada aweks lagi hot tengah pandang korang, tak rezeki namanya? Kalau ada perempuan nampak kusut ada masalah, pergi dekat dia dan dengan suara romeo kata, "Awak nampak macam ada masalah je?Ada pape boleh saya bantu?" Pergh... Konpem cair beb.. Kalau si dia menangis, bagilah tisu atau pinjamkan bahu korang. Pendek kata, korang kena tunjukkan yang korang ni boleh membuat si dia rasa dihargai.


FAHAM DIRI SI DIA
Benda ni yang ramai lelaki gagal dan punca banyak perhubungan terkucil ditengah jalan. Kebanyakan lelaki tak bersabar dalam cuba memahami diri si dia. Pendek kata, PENTINGKAN DIRI SENDIRI! Kalau si dia mintak jauhkan diri, jauhkan diri. Jangan terlalu mendesak si dia apatah lagi memaksa. Kalau dia nak kongsi masalah, biarkan dia habis cakap dulu, baru korang cakap. Ini tak, asal dia cakap je, kau pun nak cakap. Macam mana nak faham si dia kalau macam tu? 


PENYABAR DAN TENANG
Sifat ni banyak mainkan peranan. Kalau kena marah dengan lecturer atau berada dalam situasi sukar, korang kena sentiasa amalkan prinsip ni. Baru nampak korang ni orang yang cerdik pandai. Walaupun tak belajar tinggi mana, tapi dengan ada sifat ni dah cukup buat si gadis tertawan sebab diorang tahu yang korang ni guna kepala otak jugak untuk berfikir dan bukan guna kepala lutut. Kalau si dia marah atau apa yang dikatakan bertentangan dengan korang, sabar je. Lepas dua tiga nafas baru korang suarakan pendapat korang tapi dengan cara yang melukakan hati si dia . Cuba amalkan "win-win situation". Ops, sabar-sabar jugak, tenang-tenang jugak, tapi senyum jangan lupa, cuma senyum ikhlas, bukan senyum orang gila seks! Aset penting tu.


MATANG
Matang ni luas maknanya. Tapi yang sentiasa buat gadis-gadis kat luar sana tu tergila-gila ialah dah boleh bawak diri. Kiranya kalau campak kau sorang-sorang kat dalam hutan pun kau boleh hidup dengan buat keputusan sendiri. Kalau tak matang, perangai macam budak-budak, buat muka air liur meleleh, muka bodoh-bodoh je yang kononnya kiut, macam mana nak nampak keyakinan diri tuh! Memang ada masanya kena buat perangai kiut-miut, tapi bukan setiap masa yek..Jangan sampai dia kata, "diri sendiri tak pandai jaga nak jaga aku", Sudah~~~


PANDAI BUAT LAWAK
Last sekali pandai ambil hati si dia dengan buat lawak. Tak kisahlah belum kahwin ke, dah kahwin ke, benda ni akan membuatkan seseorang tu 'special'. Tak guna kalau muka hensem, tapi serius je. Kalau aku pun tak suka...Membosankan~~~Tapi nak buat lawak kena tengok-tengok jugak lawak macam mana. Jangan belum kau habis cerita lawak, kau dah gelak dulu sehingga buat si dia terpinga-pinga sudahlah yek..


P/s:Takat ni je untuk entri ni. Mungkin akan buat sambungan. Jadi bagi gegurl, kalau ada lagi sifat lelaki yang korang rasakan best, boleh tinggalkan kat komen k. Adios

8 Jenis Lelaki Dibenci Perempuan

Pada entri sebelum ni aku dah ceritakan tentang perkara yang membuatkan perempuan tak dipandang lelaki. Kali ni aku nak ceritakan tentang benda-benda yang akan membuatkan kaum 'tentera bergajah' ni di reject oleh kaum tulang rusuk yang mana ada sesetengah lelaki rasakan benda ni cool tapi tak cool bagi kaum hawa atas sebab-sebab ketinggalan zaman ataupun annoying.Jadi, ini antara lelakinya:

Lelaki cruutt cruttt- Dalam erti kata lain lelaki yang suka sweet perempuan ataupun tikus jadian. Hello brader, zaman sekarang dah tak main dah sweet-sweet guna mulut, lagi menambahkan benci adalah. Kalau kena jelingan tajam sebagai tanda benci oleh awek tu takpe gak. Jangan sampai awek tu pusing tunjuk jari hantu *fuck* kat korang, terkincit nanti…

Lelaki yang bajet cool- Lelaki jenis yang suka bajet cool akibat terpengaruh oleh lakonan Farid Kamil dalam I’m not single dan lagenda budak setan. Setiap pergerakan yang dilakukan mesti slow dan steady. Bajet setiap hidup diorang ni diiringi muzik-muzik romantislah gitu. Tapi bila dah terlebih bajet cool, bukan perempuan je, member laki tengok pun dah naik meluat. Nak jaga personalitilah katakan..Contoh paling mudah, nak ajak pergi kedai makan depan rumah memalam pun kena smart-smart. Siap pakai spek warna hitam kuali lagi memalam. Macho ke buta???


Lelaki yang terlebih lelaki- Lelaki macam ni biasanya merasakan dia ni anti perempuan. Tak pun kena sentiasa nampak kerek dan ketat. Kalau pandang muka laki macam ni biasanya mata dia mesti macam mata orang ajak gaduh sambil mulut dia terkunci ketat punya. Kena ubah prangai ni bro. Apa yang lu orang bagi, itu yang perempuan balas. Tunjuk muka masam je sapa nak dekat..Tapi kalau buat muka ketat ok lagi. Tapi kalau perempuan tau ko ni kaki pukul perempuan, ko dah boleh lupakan impian nak kahwin dengan perempuan..Dengan binatang boleh lagi ni...


Lelaki yang suka bocor rahsia perempuan- Lelaki macam ni memang akan jadi bualan dan siulan perempuan. Suka benar menyibuk kalau perempuan bergosip. Kalau tak dapat join mulalah kata perempuan tu sombonglah, nak merajuklah. Tapi apabila dah dapat join je, dia punya perangai kalah perangai perempuan. Dia akan menyebarkan rahsia tu sehingga ke 7 daerah berdekatan. Habis semua orang dia nak bagitau…Papa jarum alaf baru ni~
 
 Lelaki yang tak pandai jaga hati perempuan- Majoriti perempuan mengharapkan lelaki memahami diri diorang sebab diorang ni kaum yang lemah kerana hati diorang seperti roti tisu yang mudah koyak, cepat terluka. Jadi kalau kaum laki ni suka bonar kacau perempuan tak kena tempat, sampai waktu dia sedih pun korang boleh happy terlompat-lompat macam beruk kacau kaum hawa ni, macam mana nak nampak gentelman.

Lelaki yang pengotor- Zaman sekarang ni ramai lelaki dah sedar benda ni, sebab tu ramai dah mula ambil berat pasal diri. Tapi masih ada jugak yang abaikan benda ni. Ketiak berbau cendawan basi, stoking bau sotong kering pulau pangkor, misai, janggut,bulu hidung,bulu ketiak dan segala bulu yang tak terurus hingga boleh bukak bisnes ternak lalat. Kuku tu pulak ada kesan makanan yang baru keluar daripada perut..Haish…

Lelaki yang takde pendirian- Ini benda penting yang menentukan dia gentelman atau gentleman kerana keputusan seseorang lelaki tu amat bermakna kepada perempuan. Asal perempuan tanya je mesti akan kata, ikut youlah..Semuanya serahkan kepada kaum perempuan. Jangan sampai nafkah batin pun serah kat perempuan sudahlah…Ayg nak buat apa buatlah yang, aiman tak kisah~~~Tapi kalau bab talak ni dia memang power pendirian. Taaaalak je kerjanya...Ini pun boleh lupakan impian nak kahwin jugak...

Lelaki yang suka cerita benda lucah- Laki macam ni tak akan dapat banyak pilihan untuk pilih perempuan. Kalau ada perempuan yang tunjuk minat nak kahwin dengan korang tu, cepat-cepatlah kahwin. Siapa tahu mungkin dia 1 dalam 1000 je yang dapat terima perangai korang. Lagipun, kalau dah mampu kahwin, kahwin je. Kalau ‘benda’ tu dah gatal tak elok ditunggu lama-lama. Mengular nanti….


P/s: Apapun aku tak termasuk dalam 8 lelaki tu. Korang yang perempuan nih sayang aku tak?Aku ulang, perempuan saja okhey...

Sifat Perempuan Yang Lelaki Rasakan Menarik

LEMBUT HATI -  Lelaki lebih cenderung untuk jatuh cinta dengan seorang wanita yang lembut, berbanding dengan perempuan yang bersikap dingin aka kerek. Kebanyakan lelaki suka perempuan yang mempunyai sifat keibuan dan mengambil berat terhadap diri mereka.

BERSEDERHANA - Kebanyakan lelaki juga sering jatuh cinta dengan perempuan yang bersikap sederhana. Kesederhanaan dalam tingkah laku, berpakaian dan bercakap adalah apa yang lelaki cari untuk perhubungan jangka panjang. Meskipun lelaki sering mencari perempuan yang 'hot', namun rasa 'hot' tu tidak akan kekal lama . Ibarat kereta ferrari, semakin 'hot' seorang perempuan tu, semakin tinggi kos 'maintainance' nya.

FEMININ- Tidak dinafikan lagi lelaki suka perempuan yang mempunyai ciri feminin. Feminin disini bermaksud adakah seseorang perempuan itu mempunyai ciri penyayang, lemah lembut, mengambil berat dan berperibadi yang baik. Ini kerana bagi lelaki, perempuan bersikap feminin mampu melengkapi kekurangan pada diri mereka. Namun, jika seorang lelaki itu menyukai perempuan bersifat maskulin, kemungkinan besar lelaki itu mempunyai sifat feminin.

SUARA - Perempuan secara semulajadi dikurniakan suara yang difikirkan bagi lelaki amat menarik. Tidak kira sama ada suara perempuan itu serak basah, lembut, kuat atau pun bernada tinggi, pasti saja ada yang mampu membuat lelaki tertarik.

SENYUMAN - Jika anda ingin membuat seorang lelaki tergila-gilakan anda apatah lagi syok sendiri, anda berilah senyuman yang ikhlas pada dia. Sudah tentu dia akan mula melekat pada anda. Wajah perempuan yang tersenyum lebih mudah diingati berbanding wajah yang muram.
 
MATA - Selain senyuman, cara perempuan memandang lelaki juga mampu membuat lelaki tertarik. Masih ingat lagu 'Dari Kerana Mata'?  Dari mata, pergi ke otak, dari otak pergilah ke hati. Jadi, mulalah berlatih menghadap cermin memandang seperti pontianak.

RAMBUT - Kebanyakan lelaki mendapatkan tertarik dengan rambut agak panjang terutama mereka yang berambut panjang mencecah bahu kerana ianya kelihatan lebih feminin. Tapi sesetengah lelaki jugak suka perempuan yang berambut pendek. Nampak cute dan comei gitu....

TUBUH BADAN - Tak dapat disangkal lelaki mendapati tubuh badan perempuan amat mempengaruhi seseorang perempuan itu menarik atau tidak ialah ketinggian, bibir, dan terutama bahagian payudara dan punggung. Terliur der.....Kalau jalan nampak amoi tunjuk tali bra pun rasa macam nak tarik je...'Tas'..'Tas'....

BERKEYAKINAN - Akhir sekali, sesetengah lelaki suka perempuan yang berkeyakinan. Ia seolah-olah perempuan berkenaan mampu menyokong lelaki dan membantu lelaki dalam kehidupan mereka.


P/s: Manusia tidak diciptakan serupa, pasti ada kekurangan dan kelebihan tersendiri.

95 Fakta Mengenai Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu! Read more: 95 Fakta Mengenai Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu!

  1.  
  2. Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
  3. Lelaki benci kekasih di'ngurat'
  4. Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
  5. Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
  6. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
  7. Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
  8. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
  9. Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
  10. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
  11. Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
  12. Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
  13. Lelaki juga boleh menangis!
  14. Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
  15. Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
  16. Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
  17. Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
  18. Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
  19. Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
  20. Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
  21. Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok". 
  22. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.
  23. Lelaki benci gay!
  24. Lelaki sayangkan ibu mereka.
  25. Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
  26. Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.
  27. Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
  28. Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.
  29. Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
  30. Perempuan adalah kelemahan lelaki.
  31. Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
  32. Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
  33. Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
  34. Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.
  35. Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
  36. Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.
  37. Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ... 
  38. Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
  39. Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
  40. Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.
  41. Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
  42. Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
  43. Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
  44. Lelaki berfikir terlalu banyak.
  45. Fantasi lelaki tidak terbatas.
  46. Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
  47. Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu. 
  48. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
  49. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
  50. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
  51. Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.
  52. Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.
  53. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah. 
  54. Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
  55. Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
  56. Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.
  57. Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya" 
  58. Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.
  59. Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.
  60. Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!
  61. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.
  62. Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.
  63. Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.
  64. Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki 
  65. Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.
  66. Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up
  67. Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.
  68. Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia
  69. Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
  70. Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
  71. Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.
  72. Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut. :)
  73. Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
  74. Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
  75. Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
  76. Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
  77. Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
  78. Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
  79. Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
  80. Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
  81. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
  82. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
  83. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
  84. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
  85. Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
  86. Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
  87. Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
  88. Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
  89. Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
  90. Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
  91. Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
  92. Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'
  93. Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.
  94. Lelaki benci perempuan yang gedik.
  95. Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.
  96. Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka ...

7 Tips & Cara Menjatuhkan Ego Lelaki


Nak memenangi hati ego lelaki? Sesungguhnya lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan. Telah menjadi lumrah alam, ciri maskulin ini pasti akan ada dalam diri setiap lelaki termasuk aku. Bukan sengaja dibuat-buat, tetapi memang telah ditanamkan dalam diri lelaki. Baru-baru ini aku dapat satu soalan daripada formspring aku, "boleh bagi cara nak jatuhkan ego lelaki?". Sudah tentu perempuan yang menghantarnya bukan?

Sebagai seorang lelaki, jawapan aku mudah saja. Hargailah lelaki dan sentuhilah dasar hatinya. Sudah pasti bukan mudah, terutama untuk menyentuh hati seorang lelaki yang pernah merendahkan egonya demi seorang perempuan yang disayangnya namun akhirnya berpaling daripadanya... Jika anda sebagai seorang fikir mampu mempermainkan maruah seorang lelaki dengan menjatuhkan ego lelaki, cubalah. Jangan pernah bermain dengan ego lelaki, terbakar diri nanti! Jadi, macam mana nak menyentuh dasar hati lelaki? Ikut langkah di bawah. *Kalau nak terus jatuhkan ego dia baca terus step 7*

1.BERSABAR
Untuk menjinakkan ego seorang lelaki perlukan kesabaran yang tinggi kerana lelaki juga sukar diduga. Anda perlu bersiap sedia untuk disakiti, dimalukan, apatah lagi diperbodoh apabila segala usaha anda tidak berhasil dan hanya sia-sia.


2. FAHAMI DIA
Fahami dia dalam erti kata lain ialah anda belajar menjadi stalker. Fahami dia adalah kunci kejayaan anda. Sedangkan dalam berperang, tentera juga perlu memahami strategi musuhnya untuk menang, jadi gunakan taktik yang sama! *Haish…Kuat berimiginasi aku nih…*  


3.HORMATI DIA 
Pertama sekali ialah belajar menghormati dia. Jika anda berharap si dia menghormati anda, anda perlu hormati dia dulu. Namun berbeza bagi setiap lelaki itu untuk belajar menerima apa yang anda cuba lakukan. Ada sesetengah lelaki akan beranggapan sudah menjadi lumrah alam perempuan tunduk dan patuh padanya. Malahan ada juga yang memahami dengan membalas kembali apa yang diberi. Apapun, menghormati itu adalah kunci kepada langkah yang seterusnya.
Arghhh...Apsal mulut ko busuk!!!
4.JANGAN BERTEKAK DENGAN DIA
Berhenti daripada mewujudkan suasana tegang antara anda. Jikalau anda rasakan dia tidak boleh menerima pendapat anda semata-mata untuk dia merasakan maruahnya tidak tercalar, biarkan saja. Biar dia saja yang rasa betul. Akhirnya nanti, dia akan dimalukan oleh perangai egonya sendiri sehingga tercalar egonya. Siapa tahu, mungkin dia akan sedar dan belajar merendahkan egonya. Apa yang penting, jangan sentiasa berharap untuk menang dalam setiap perbalahan dengan lelaki. Kerana ada hanya akan meninggikan egonya.


5. HARGAI DIA
Tahukah anda, kita di Malaysia ini terlalu disogokkan dengan cerita-cerita cinta yang terlalu kompleks sehinggakan terikut-ikut dengan cerita tersebut. Anda tak perlu bersusah payah terkejar-kejarkan si dia. Apa yang anda perlu ialah hargai dia. Jadikan tiap-tiap hari adalah hari untuk menghargai dia bukan hanya satu hari saja seperti yang dilakukan mereka yang menyambut Valentine’s. Ucapkan terima kasih sudah memadai. Penghargaan ibarat racun yang meracun diri secara halus tetapi amat berkesan!


 6.SAYANGI DIA
Cuba renungkan kembali kenapa anda ingin jatuhkan ego si dia.. Adakah kerana cinta? Atau adakah kerana anda telah tercinta si dia? Tanpa anda sedar, sebenarnya anda telah sayang pada dia. Ada sebabnya kenapa ego si dia diciptakan mempunyai ego, kerana si dia telah mewarnakan hidup anda. Jadi, anda mempunyai dua pilihan, jika anda ingin menjatuhkan ego dia semata-mata anda benci dia, baik anda menjauhkan diri anda daripada dia, kerana kelak apabila si dia sudah tiada, pasti anda akan teringat pada dia. Atau anda teruskan menyayangi si dia dengan menunjukkan kasih dan sayang anda pada si dia. Biarkan si dia tidak mengerti, lama kelamaan pasti si dia juga akan mula sayangkan anda. This is law of attraction! Apabila satu hati mencintai yang lain, satu lain tidak mencintai sebagaimana dia dicintai.


7. JANGAN MEMALUKAN DIA
Kalau anda benar-benar menjatuhkan ego dia, malukanlah dia dihadapan orang ramai. Ya, kemungkinan besar dia akan berlalu pergi daripada tempat itu malahan mungkin juga akan menangis. Mungkin itu yang anda ingin lihat sebagai seorang perempuan. Ops…Bukan perempuan, perempuan murahan. Kerana apabila anda menjatuhkan ego si dia apatah lagi menjatuhkan maruah dia di khalayak ramai, anda juga telah memalukan diri anda sendiri. Tetapi ingat, hidup anda tidak akan aman lagi kerana dibayangi oleh si dia yang pada bila-bila masa akan membalas kembali apa yang anda lakukan. Mungkin si dia akan kembali untuk meragut nyawa anda, atau mungkin orang yang anda sayangi. Siapa tahu, ego lelaki mampu bertindak lebih daripada  segalanya!*Ops...teremo ;p*

P/S: Lelaki mampu jadi bidadara dunia anda mahupun iblis.