Hello hotties! Entri sebelum ni aku dah cerita tentang perkara yang dibenci
gender masing-masing dan kali ni aku akan cerita tentang sifat lelaki yang diharapkan perempuan pulak. Jika entri sebelum ni dimulakan dengan
kaum hawa,
kali ni aku akan mulakan dengan kaum buah halkum pulak. Jadi, kalau nak
mengurat awek, tak perlu nak habiskan duit beli hadiah itu ini, ada je
sifat ni dah cukup untuk menarik perhatian si dia.
KEMAS DAN BERSIH
Ini
faktor utama yang selalu ditengok perempuan sebab mata perempuan ni
suka benda-benda yang perfect dan kemas gitu. Tak perlu buat pembedahan
plastik untuk dapat wajah kacak seperti Anuar Zain, apa yang perlu
korang buat ialah ambik berat tentang diri sendiri. Pastikan kalau
keluar tu badan bau wangi bukan bau peluh kambing jantan. Muka tu pulak
pastikan dibersihkan guna pencuci muka dan jangan lupa pelembap. Tak
coollah kalau keluar dengan muka berminyak, kalau aku jumpa rasa macam
nak perah buat minyak masak je...Baju tak payah nak skema sangat tuck
in, yang penting kemas dan tak renyuk. Akan akan ulas sikit untuk ni
entri akan datang. Rambut kenalah letak minyak rambut. Gigi pun penting,
tak guna muka smart macam Aaron Aziz, sekali gigi kuning nak mampoih...
GENTLEMAN BUKAN GENTELMAN
Selepas
dah smart, kenalah marketkan nilai-nilai macho tu.Tahukah korang bahawa
lelaki berbadan besar lagi disukai perempuan sebab ciri-ciri gentleman
diorang? Kalau nampak je orang tua buta nak lintas jalan, tolong dia
lintas. Siapa tahu, kalau tak dapat si dia, sekali ada aweks lagi hot
tengah pandang korang, tak rezeki namanya? Kalau ada perempuan nampak
kusut ada masalah, pergi dekat dia dan dengan suara romeo kata, "Awak
nampak macam ada masalah je?Ada pape boleh saya bantu?" Pergh... Konpem
cair beb.. Kalau si dia menangis, bagilah tisu atau pinjamkan bahu
korang. Pendek kata, korang kena tunjukkan yang korang ni boleh membuat
si dia rasa dihargai.
FAHAM DIRI SI DIA
Benda
ni yang ramai lelaki gagal dan punca banyak perhubungan terkucil
ditengah jalan. Kebanyakan lelaki tak bersabar dalam cuba memahami diri
si dia. Pendek kata, PENTINGKAN DIRI SENDIRI! Kalau si dia mintak
jauhkan diri, jauhkan diri. Jangan terlalu mendesak si dia apatah lagi
memaksa. Kalau dia nak kongsi masalah, biarkan dia habis cakap dulu,
baru korang cakap. Ini tak, asal dia cakap je, kau pun nak cakap. Macam
mana nak faham si dia kalau macam tu?
PENYABAR DAN TENANG
Sifat
ni banyak mainkan peranan. Kalau kena marah dengan lecturer atau berada
dalam situasi sukar, korang kena sentiasa amalkan prinsip ni. Baru
nampak korang ni orang yang cerdik pandai. Walaupun tak belajar tinggi
mana, tapi dengan ada sifat ni dah cukup buat si gadis tertawan sebab
diorang tahu yang korang ni guna kepala otak jugak untuk berfikir dan
bukan guna kepala lutut. Kalau si dia marah atau apa yang dikatakan
bertentangan dengan korang, sabar je. Lepas dua tiga nafas baru korang
suarakan pendapat korang tapi dengan cara yang melukakan hati si dia .
Cuba amalkan "win-win situation". Ops, sabar-sabar jugak, tenang-tenang
jugak, tapi senyum jangan lupa, cuma senyum ikhlas, bukan senyum orang
gila seks! Aset penting tu.
MATANG
Matang
ni luas maknanya. Tapi yang sentiasa buat gadis-gadis kat luar sana tu
tergila-gila ialah dah boleh bawak diri. Kiranya kalau campak kau
sorang-sorang kat dalam hutan pun kau boleh hidup dengan buat keputusan
sendiri. Kalau tak matang, perangai macam budak-budak, buat muka air
liur meleleh, muka bodoh-bodoh je yang kononnya kiut, macam mana nak
nampak keyakinan diri tuh! Memang ada masanya kena buat perangai
kiut-miut, tapi bukan setiap masa yek..Jangan sampai dia kata, "diri
sendiri tak pandai jaga nak jaga aku", Sudah~~~
PANDAI BUAT LAWAK
Last
sekali pandai ambil hati si dia dengan buat lawak. Tak kisahlah belum
kahwin ke, dah kahwin ke, benda ni akan membuatkan seseorang tu
'special'. Tak guna kalau muka hensem, tapi serius je. Kalau aku pun tak
suka...Membosankan~~~Tapi nak buat lawak kena tengok-tengok jugak lawak
macam mana. Jangan belum kau habis cerita lawak, kau dah gelak dulu
sehingga buat si dia terpinga-pinga sudahlah yek..
P/s:Takat
ni je untuk entri ni. Mungkin akan buat sambungan. Jadi bagi gegurl,
kalau ada lagi sifat lelaki yang korang rasakan best, boleh tinggalkan
kat komen k. Adios