Friday, October 7, 2011

Siapa Ong ??

Pada suatu hari yang tenang.. seorang suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar..... tiba-tiba datang si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yang terpinga2.....bertanya.....
"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si
isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Ong'....si isteri tentulah menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Ong....dengan tenang si suami menjawab....
Ooo....itu nama kuda yang saya bertaruh semalam.....namanya Ong.....si isteri pun agak puas hati ngan penjelasan suaminya.. terus menyambung kerja di dapur.....
Selang seminggu berlalu ketika si suami sedang rehat2 membaca
suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal pulak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba.. si isteri menjawap...."kuda awak telefon!!".....


Moral of the Story: Jangan menipu...~

Sunday, October 2, 2011

singh

Pada suatu hari ada seorang singh menaiki motorsikal tanpa memakai topi keledar
dan motornya juga tidak berlampu. Di pertengahan jalan,
motornya ditahan oleh polis trafik.
Kata polis: mengapa tak pakai topi keledar?,
Dia menunjukkan serbannya..."Ini sudah ada topi"...
Polis itu tanya lagi : kenapa lampu motor tak hidup,
Singh itu menunjukkan ke kiri kanan jalan dan katanya...
"sana lampu sini lampu...buat apa lampu banyak-banyak"...
Eee geram polis itu mendengarnya..
Tiba-tiba polis itu melepaskan angin pada tayar motosikal
itu hingga pancit kedua-duanya. Singh itu marah...
"heh kenapa buang angin tayar itu.." Polis itu jawab..
" Sana angin..sini angin..buat apa angin banyak-banyak..
" Terkebil-kebil singh itu mendengarnya. Tamat

Malu

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan...

pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya...

Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang...

dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab....

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang...

Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.... Dalam hatinya berkata..

Dia takkan mengenali aku lagi.." Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat... "Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"